MENU

Mengikut bukti yang ada, Batu Gajah sudah wujud sekitar tahun 1870an. Menurut diari J. W.W. Birch, Resident British pertama di Perak. Beliau pernah melawat Batu Gajah pada 30 April 1875. Beliau menyebut Batu Gajah sebagai sebuah kampung yang besar di tepi Sungai Kinta dan terdapat sebuah relau yang besar untuk melebur bijih timah. 


‘… at 4.15, we arrived at Batugaja on the left bank, a large and fine village
where the soil is very good. There are about 30 or 40 houses, and a large
smelting house.' (1) 


Ini memunjukkan perkembangan awal Batu Gajah adalah berkait rapat dengan kegiatan perlombongan bijih timah yang mula berkembang di Jajahan Kinta pada masa itu. Batu Gajah merupakan nama yang diambil daripada batu yang menyerupai gajah. Beberapa versi telah dilaporkan.

Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah, ramai pedagang asing dari Sumatera datang melalui Sungai Kinta untuk berdagang timah. Mereka semuanya penganut agama Buddha yang menyembah berhala. Oleh sebab tempat tersebut belum bernama, mereka telah mengukir dua batu besar di tebing Sungai Kinta menyerupai bentuk dua ekor gajah. Kemudiannya, batu itu telah diletakkan di tebing Sungai Kinta untuk dua tujuan. Pertama, untuk memudahkan mereka mengenali tempat tersebut dan keduanya mungkin sebagai tempat penyembahan. 

‘This stone is addressed as the Toh Gaja, and everyone passing is supposed to pluck a
Handful of grass or leaes, and striking the Toh Gaja seven times on the bres with them,
To ask him for fine weather for the journey'

Versi kedua menurut orang-orang tua, pada zaman dahulu terdapat sejenis makhluk bernama Sang Kelembai (Gelembai atau Gedembai)). Makhluk ini dikatakan mempunyai kuasa untuk mengubah benda-benda hidup menjadi batu apabila ia menegurnya. Pada waktu itu, daerah ini diliputi hutan tebal tempat gajah-gajah liar merayau dengan bebas. Suatu hari, dua ekor gajah yang sedang menyeberangi Sungai Kinta telah ditegur oleh Sang Kelembai lalu menjadi batu; Batu berbentuk dua ekor gajah itu masih terdapat di Sungai Kinta berhampiran Kampung Pisang, tetapi ia hampir hilang akibat hakisan dan kegiatan perlombongan. (3) Kisah legenda ini tidak pernah disahkan benar atau sebaliknya.

Versi ketiga berkaitan dengan kegiatan perlombongan bijih timah. Pada peringkat awal, perlombongan bijih dikuasai oleh orang Melayu. Pekerja mereka ialah orang Cina. Semasa kerja melombong, mereka telah menemui batu-batu sebesar gajah dan keras seperti kepala gajah. Pelombong-pelombong kemudiannya menamakan kawasan yang mempunyai batu-batu itu ‘Batu Gajah' (Batu Besar).   

Perlu dinyatakan di sini bahawa gajah bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu. Binatang darat paling besar ini telah digunakan secara meluas sebagai kenderaan atau alat pengangkutan darat di negeri-negeri Melayu sehinggalah awal tahun 1910-an. Dalam perarakan diraja Perak, pasukan gajah yang membawa rengga* biasanya dihias berwarna-warni diiringi oleh juak-juak yang berpakaian indah membawa alat-alat kebesaran dan payung diraja. Di samping itu, gajah juga digunakan dalam kerja-kerja pembalakan dan mengangkut hasil serta alatan perlombongan bijih timah di daerah Kinta.   

Panggilan nama ‘Batu Gajah' ini bemula apabila ia telah di datangi oleh orang-orang dari suku kaum Batak, Kurinci, Selayang, Bugis, Batu Bara, Kampar dan Mendailing. Mereka datang menaiki sampan atau sekuci, perahu dan lading melalui muara Sungai Perak menuju terus ke Sungai Kinta membawa barangan keperluan pelombong dan penduduk kampung. Perjalanan dari Teluk Anson (Teluk Intan) ke Batu Gajah biasanya memakan masa empat hingga lima hari. Apabila tiba di sesebuah kampung, gong dibunyikan untuk menarik para pelanggan. Orang Kampar membawa kain hitam, belacan, kain sutera putih, kain rawa (batik, tembakau, atap nipah dan ikan peda (pekasam) untuk dijual. Dalam perjalanan balik pula mereka mengangkut naik bijih timah.    

Batu Gajah terletak di mukim Sungai Terap, iaitu salah satu sebuah mukim dalam Jajahan Kinta. Pada peringkat awalnya, mukim Sungai Terap di dalam pegangan Dato' Amar di Raja. Beliau ialah orang Besar 16 di bawah kelolaan Dato' Panglima Kinta. Di antara Dato' Amar yang terkenal ialah Tok Amar Naam, Tok Amar Abu Kassim dan Tok Amar Pandak Akhat. Tok Amar Naam telah dilantik oleh Sultan Ismail, yang ketika itu pentadbirannya berpusat di Pulau Cempka Sakti pada tahun 1872, iaitu sebelum bermula campur tangan British di Perak.  Selepas Tok Amar Naam meninggal dunia, jawatan tersebut telah diambil alih anaknya Tok Amar Abu Kassim. Pada masa itu, pihak British sudah mula memansuhkan hak di bawa pembesar Melayu tempatan dalam urusan mengutip cukai dan pentadbiran di kawasan mereka. Tok Amar Kassim merupakan seorang yang alim dan tokoh yang tidak mahu tunduk terhadap pentadbiran British. Jawatan tersebut kemudiannya dipegang oleh Tok Amar Pandak Akhat. Pihak British telah menjadikan pembesar Melayu sebagi kakitangannya. Dato' Amar Pandak Akhat telah diberi sagu hati sebanyak $1,050 sebulan. Ini kerana jasa baik beliau dapat menyelesaikan masalah pergaduhan kaum Cina di Papan. Bagaimanapun, pada akhir hayatnya, beliau hanya menerima pencen sebanyak $500 sebulan. (4) Peranan Dato' Amar di Raja menjadi kurang penting apabila Batu Gajah dijadikan pusat pentadbiran British bagi jajahan Kinta pada tahun 1892. Walau bagaimanapun sebagai pembesar Melayu, beliau tetap mempunyai pengaruh istimewa dan tersendiri di kalangan penduduk tempatan.

 

Menjadi Pusat Jajahan

Peringkat awal, Pekan Lama ( River Street ) berhampiran Sungai Kinta merupakan tempat tumpuan ramai. Di sinilah rumah kedai kayu sederet mula-mula didirikan. Ada antara rumah kedai itu milik orang-orang Melayu. Di situ juga terdapat sebuah balai polis untuk menjaga keamanan kawasan tersebut. Seperti di penempatan lain di mana ramai orang Cina telah menetap, rumah-rumah khas untuk main judi dan menghisap candu disediakan di Pekan Lama. 

Jalan sungai masih penting dan pengekalan Perau (Prau) di pekan lama menjadi tempat memunggah barangan serta hasil bijih timah sehingga sistem pengangkutan dimajukan. Jalan keretapi pertama telah dibina menghubungkan Batu Gajah – Ipoh sejauh 8 batu 72 rantai pada tahun 1893, dan Batu Gajah – Kota Bharu sejauh 5 batu 44 rantai pada tahun 1894. (5) Menjelang tahun1895, Batu Gajah sudah boleh dihubungi melalui jalan keretapi ke Teluk Anson. Perkhidmatan keretapi telah memudahkan pengangkutan eksport bijih timah dari Batu Gajah ke pelabuhan Teluk Anson. Pembinaan jalan keretapi ini telah membawa perubahan besar kepada pembangunan di Batu Gajah. Menjelang akhir tahun 1090-an, banyak bangunan kedai baru mula didirikan di kawasan Pekan Baru berhampiran dengan stesen keretapi dan menghala ke Changkat. Perniagaan di kawasan Pekan Baru Batu Gajah ketika itu dikuasai oleh orang Cina dan India. Menjelang tahun 1905, Batu Gajah disifatkan oleh Belfield sebagai ‘important mining and commercial town' di jajahan Kinta. (6) 

Peranan Batu Gajah sebagai pusat jajahan Kinta dapat dilihat dari pembinaan pejabat-pejabat kerajaan sepanjang tahun 1880-an di sekitar Changkat. Bangunan Pejabat Daerah Kinta telah dibina pada tahun 1892,ebuti Mendailin.