MENU

SILA AMBIL PERHATIAN  kepada tuan/puan yang meletak barang perniagaan di luar premis yang menggunakan kaki lima, lorong sisi serta kawasan lapangan awam.  Keadaan ini adalah bersalahan dengan peraturan MDBG di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 46(1)(d) iaitu “mana-mana orang yang meletakkan apa-apa barang untuk atau berhubung trednya di mana-mana tempat awam; adalah bersalah kerana menyebabkan halangan dan tindakan untuk menangkap tanpa waran boleh diambil dan menghadapkan ke Mahkamah dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih lima ratus ringgit bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi seribu ringgit bagi kesalahan kedua”.

Pihak MDBG telah membuat dasar untuk mengawal aktiviti ini melalui pengeluaran permit bersyarat kepada peniaga yang memohon dan akan dipertimbangkan berasaskan kes.  Sehubungan dengan itu, tuan/puan diberi tempoh dua(2) minggu untuk mengemukakan permohonan bagi mendapatkan permit tersebut.

Bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan Permit serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk rujukan tuan.  Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas akan diambil sekiranya perkara ini diabaikan oleh pemilik mahupun pengusaha premis.