MENU

IKLAN BORANG PERMIT BAZAR RAMADHAN 1439H/2018
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH

 

Dimaklumkan bahawa borang permit perniagaan Bazar Ramadhan 1439H/2018 Majlis Daerah Batu Gajah akan mula dikeluarkan mulai 15 Mac 2018 jam 12.01 tengah malam secara atas talian (online) di laman web rasmi MDBG (www.mdbg.gov.my) serentak dengan pengambilan borang di Kaunter Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awan dan Perkhidmatan Perbandaran.

Syarat-syarat am adalah seperti berikut :

  1. Kelayakan pemohon hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada tarikh iklan).
  2. Seorang peniaga hanya dibenarkan memohon 1 kali permohonan bagi mana-mana tapak Bazar Ramadhan.
  3. Setiap pemohon layak memohon tidak melebihi daripada 2 petak sahaja.
  4. Kelulusan Permit perniagaan hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang mengisi maklumat permohonan dengan sempurna dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan sahaja.