MENU

Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) sedang giat merancang pelbagai usaha bagi menyahut seruan Y.A.B. Menteri Besar Perak untuk menjadikan Perak sebuah negeri yang bersih.  Sebagai permulaan, MDBG telah memulakan program Batu Gajah Bersih atau dikenali sebagai BGB untuk memupuk kesedaran penduduk di sekitar bandar Batu Gajah bagi menitikberatkan soal kebersihan dan mahu bandar ini bersih daripada sampah-sarap.  Selain daripada itu, beberapa isu yang telah dibangkitkan di dalam Mesyuarat Penuh Bil 1/2017 bertarikh 22 Februari 2017 yang lalu berkaitan dengan jalan-jalan berlubang, tahap kebersihan di tempat awam dan juga tandas awam di dalam kawasan MDBG.

 

Program ini adalah merupakan program NBOS bersama Pejabat Daerah Kinta.  Ia telah dihadiri oleh  Pegawai Daerah Kinta, Yang Dipertua MDBG, beberapa Ahli Majlis MDBG, pegawai-pegawai daripada Pejabat Daerah & Tanah Kinta dan juga penjawat awam MDBG.  Aturcara program adalah seperti berikut

6:40 pagi

-

Berkumpul Di Depoh Unit Kebersihan Bandar

6:45 pagi

-

Taklimat (Roll Call pagi) dari Ketua Bahagian

6:55 pagi

-

Pemeriksaan kenderaan

7:00 pagi

-

Bergerak Ke Lapangan (kutipan sampah zon A)

8:30 pagi

-

Berhenti di interlocking masjid Batu Gajah

Sarapan Pagi :- Teh tarik dan roti canai

Menurap lubang (coldmix) di Jalan Sungai, Batu Gajah

9:00 pagi

-

Melakukan Pembersihan Awam di Tandas Awam dan Surau Medan Selera Taman Orkid

10:30 pagi

-

Bergerak ke tapak Pelupusan Batu 3

- Melupus sampah dan pencucian lori

12:00 tengah hari

-

Makan tengah hari

 

Laluan yang terlibat bagi menjayakan program ini adalah di Jalan Pasar, iaitu bermula di Depoh Kenderaan MDBG menuju ke bandar Batu Gajah seterusnya ke Jalan Pejabat Pos (hadapan Maybank).  Setelah selesai aktiviti kutipan sampah di laluan tersebut seterusnya aktiviti menurap lubang jalan (coldmix) di Jalan Sungai.  Aktiviti pembersihan tandas awam dilaksanakan di Medan Selera Taman Orkid, Batu Gajah dan pada akhir program, aktiviti pembuangan sampah dilaksanakan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal MDBG di Batu 3, Jalan Tg Tualang, Batu Gajah.  Di situ sampah-sampah yang telah dikutip pada awal program dibuang di sana dan program ini tamat setelah lori kompaktor berkenaan dicuci dan dibersihkan.

 

Terima kasih

 

Nurdiana Binti Puaadi

Yang Dipertua

Majlis Daerah Batu Gajah

 

07 Mac 2017