MENU

Peningkatan Tahap Kebersihan Premis Makanan Dalam Kawasan Majlis Daerah Batu Gajah

Syarat Keperluan Asas Mdbg Di Premis Makanan Penggredan & Penguatkuasaan

Objektif Penggredan Premis Makanan 

1.1    Menyalurkan pendidikan kesihatan kepada pengusaha premis dan pengendali makanan berkaitan kepentingan tatacara pengurusan premis yang mematuhi Garis Panduan Kebersihan Makanan serta memastikan keselamatan makanan yang dijual.

1.2    Mempertingkatkan serta mengekalkan tahap kebersihan premis makanan, seterusnya menjamin keselamatan makanan yang dijual untuk mengelak kejadian kes pencemaran dan keracunan makanan.

1.3    Menyedarkan pengguna supaya mementingkan aspek kebersihan permis dan keselamatan makanan ketika memilih untuk makan di luar.

1.4    Mengurangkan kejadian insiden dan prevalen kes penyakit penyakit bawaan makanan dan air seperti keracunan makanan, typhoid, taun dan sebagainya.

1.5    Mengklasifikasikan kedudukan tahap kebersihan premis makanan yang beroperasi diseluruh Majlis Daerah Batu Gajah.

Tujuan Diadakan Penggredan

1) Menilai serta memilih premis-premis makanan yang sentiasa menjaga kebersihan, mengikut garis panduan dan undang-undang

2) Memupuk sikap menjaga kebersihan pengendali-pengendali makanan juga penekanan untuk mempraktikkan amalan yang betul, bertujuan mengelakkan dari pelbagai penyakit berjangkit bawaan  makanan dan minuman  (taun, demam   kepialu, dysentary) dan keracunan makanan

3) Memastikan makanan yang dijual selamat dimakan oleh pelanggan

4) Menjadikan Majlis Daerah Batu Gajah sebagai lokasi makanan yang bersih dan selesa untuk tarikan pelancong.

Pemeriksaan Premis Makanan

Aktiviti pemeriksaan premis makanan dijalankan oleh MDBG dengan untuk menilai tahap kebersihan berpandukan garis panduan serta kriteria yang ditetapkan

Premis makanan yang mencapai tahap kebersihan yang cemerlang diberikan penghargaan berupa Sijil Gred (GRED A & B).

Sebagai dorongan & inspirasi kepada premis makanan lain.

GRED

PERATUS (%)

A

80%-100%

B

60%-79%

 C

 50%-59%

Premis Tidak Sanitari

<50%

 

Tindakan MDBG
 

GRED

SKIMA MARKAH

TINDAKAN

A

85% - 100%

SIJIL GRED

B

60% - 79%

SIJIL GRED

C

50% - 59%

Premis diambil tindakan penguatkuasaan (Notis/Kompaun)

Premis Tidak Sanitari

< 50%

Premis diambil tindakan penguatkuasaan (penutupan premis di bawah Akta Makanan 1983)