MENU

IPOH - Penduduk sekitar Batu Gajah kini berpeluang melupuskan sampah pukal seperti barangan elektrik, perabot, tilam dan lain-lain apabila Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), melaksanakan Kempen Kutipan Sampah Pukal Secara Percuma sempena sambutan Tahun Baru Cina 2018.

Yang Dipertua (YDP), MDBG, Mohamad Razif Ramli berkata, kempen yang dilaksanakan selama seminggu mulai 7 hingga 15 Februari ini secara keseluruhannya bertujuan untuk menangani masalah longgokan sampah haram selain memudahkan penduduk di sekitar Batu Gajah melupuskan barangan sampah pukal berkenaan dengan bantuan pihak MDBG.

"Mesyuarat Jawatankuasa Tujuan-Tujuan Am Bilangan 1/2018 telah mempersetujui untuk melaksanakan kenpen ini secara based in call di seluruh kawasan pentadbiran MDBG, setiap menjelang musim-musim perayaan utama lain di negara ini.

"Kempen ini juga diharap dapat membantu mengurangkan risiko bagi longgokan sampah haram di sekitar kawasan pentadbiran kita, (MDBG)," katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Alamanda MDBG, pagi tadi.

Difahamkan, kutipan sampah berkenaan akan dijalankan mengikut zon melibatkan Batu Gajah, Simpang Pulai, Lahat bagi Zon A, Zon B (Tronoh, Siputeh, Bemban), Zon C (Pusing) dan Tanjung Tualang bagi Zon D.

Orang ramai juga boleh mengubungi pegawai yang bertanggungjawab di setiap zon berkenaan seperti  bagi kawasan Zon A, Baru Gajah, Simpang Pulai, Lahat,  Zainal Abidin Pandak Dahamid di talian 013-5060638, Zon B, K.Rajasegaran (0165233435, Tronoh, Siputeh, Bemban), Zon C, K.Kumarchelvan (016-5421946, Pusing dan Ahmad Azri Mat Sahid di talian 017-5029403 bagi kawasan Zon D Tanjung Tualang.

Kredit : Sinar Harian