MENU

JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

Menilaikan harta berkadar untuk maksud cukai taksiran secara adil dan wajar.

  • Memberi keputusan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan bantahan daripada pembayar cukai.
  • Mengeluarkan bil cukai taksiran kepada pemilik harta berkadar selewat-lewatnya pada 15 Januari, (1/2 Penggal Pertama) dan 15 Julai (1/2 Penggal Kedua)
  • Menyediakan jawapan bertulis bagi carian maklumat harta dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Menyerahkan notis pindaan penilaian kepada pemilik harta berkadar selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari bekerja sebelum tarikh berkuatkuasa.

 

UNIT UNDANG-UNDANG

  • Memberi perkhidmatan perundangan selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada dengan mengambil kira dasar Majlis Daerah Batu Gajah dan kepentingan awam dalam tempoh 14 hari.
  • Mendaftarkan kes tindakan mahkamah dengan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri  dalam tempoh masa 60 hari bekerja dengan mengambil kira semua faktor dan kerjasama jabatan yang terlibat.

 

JABATAN PENGUATKUASAAN

Berusaha untuk mewujudkan suasana yang aman, tersusun dan harmoni kepada semua penduduk di dalam kawasan Majlis Daerah Batu Gajah.

  • Mengambil tindakan dalam tempoh 7 hari ke atas aduan yang benar wujud.
  • Membuat rondaan ke atas petak letak kereta setiap 15 minit sekali.
  • Memastikan kompaun tempat letak kereta dikeluarkan sebanyak 10 kompaun sehari bagi setiap anggota.
  • Memastikan rondaan halangan tempat awam dijalankan di 25 kawasan seminggu.
  • Memastikan pemeriksaan premis perniagaan dijalankan di 25 premis dalam seminggu.
  • Memastikan pembatalan dan pengurangan kompaun Akta 333, Akta 171 dan Akta 133 adalah 7 hari tarikh borang pembatalan dan pengurangan diterima.