MENU

BAHAGIAN PERANCANG BANDAR & DESA

Berusaha untuk mewujudkan perancangan yang berkualiti dengan menyediakan serta membekal maklumat-maklumat perancangan dan kawalan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Batu Gajah kepada orang ramai dengan cepat, tepat dan mesra.

  • Memberi ulasan dan pandangan kepada permohonan pecah sempadan tanah, tukar syarat, pecah bahagian, cantuman tanah dan permohonan tanah dibuat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan dengan syarat ianya lengkap dan mengikut kaedah-kaedah pengawalan perancangan am negeri perak.
  • Memberi ulasan dan pandangan permohonan pelan-pelan pembangunan dibuat dalam tempoh (1) minggu dengan syarat ianya lengkap dan mematuhi kehendak undang-undang.
  • Memperaku kelulusan pelan pinta ukur yang lengkap dalam tempoh dua (2) minggu.

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN

Berusaha Meningkatkan Kualiti Kesihatan Persekitaran Dalam Kawasan Majlis Daerah Batu Gajah Bagi Mewujudkan Kawasan Yang Bersih, Indah, Permai, Teratur Dan Dinamik.

  • Memberi perkhidmatan pungutan sampah pada setiap hari di pusat bandar
  • Memberi perkhidmatan pungutan sampah 3x semiggu di kawasan kediaman.
  • Memberi perkhidmatan menyapu jalan pada setiap hari di pusat Bandar.
  • Memberi perkhidmatan memotong rumput dua ( 2 ) Kali sebulan di laluan protokol dan satu ( 1 ) kali sebulan di kawasan  kediaman / taman – taman perumahan.
  • Aktiviti pembersihan longkang sebulan sekali di kawasan kediaman dan pusat Bandar.
  • Memastikan aktiviti kesihatan persekitaran dilaksanakan seperti perangcangan bulanan.
  • Mengambil tindakan terhadap aduan – aduan yang diterima selewat –lewatnya tiga ( 3 ) hari bekerja dari tarikh aduan.