MENU

PIAGAM PELANGGAN JABATAN / UNIT

UNIT KORPORAT & PERHUBUNGAN AWAM

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :

  • Memantau isu-isu/maklumbalas mengenai Jabatan melalui akhbar-akhbar serta internet dan membuat keratan akhbar kepada isu-isu, merekod dan mengedarkan untuk makluman pihak pengurusan setiap hari;
  • Mengeluarkan akuan penerimaan aduan awam dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  • Menyelaras dan mengagihkan aduan awam yang diterima untuk tindakan selanjutnya kepada Jabatan/Unit dalam tempoh satu (1) hari bekerja;
  • Menjawab tindakan yang diambil terhadap aduan awam dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja;
  • Menjawab panggilan telefon tidak melebihi dari tiga (3) kali deringan
  • Menerbitkan buletin MDBG setiap 2 bulan;

 

JABATAN PERBENDAHARAAN

  • Membuat kutipan di kaunter dalam tempoh 3 minit dengan menjanjikan perkhidmatan kaunter yang cekap, berkualiti dan mesra pelanggan.
  • Menyediakan Pesanan Tempatan selewat-lewatnya 4 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap dikemukakan.
  • Semua tuntutan pembayaran disempurnakan dalam tempoh 5 hari bekerja dengan syarat dokumen sokongan lengkap dikemukakan.
  • Memproses dan meluluskan permohonan Pinjaman Kenderaan dan Pinjaman Komputer dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap dikemukakan.
  • Menyediakan Anggaran Belanjawan sebelum 31hb. Ogos.
  • Menyediakan dan mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan Majlis ke Jabatan Audit Negeri selewat-lewatnya bulan April tahun berikutnya.