MENU

PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang mesra dengan mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi, mudah, cepat dan berkesan. Dengan itu kami :

  • Menjamin layanan yang penuh mesra dan berkualiti serta menjunjung tinggi sikap profesionalisme dalam setiap urusan
  • Menjamin untuk memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, pembangunan lestari dan mapan ke arah mencapai misi, visi dan objektif kualiti majlis.
  • Menjamin bil cukai taksiran am akan dikeluarkan tidak lewat dari 15 januari bagi penggal pertama dan 15 julai bagi penggal kedua setiap tahun
  • Menjamin permohonan lesen premis perniagaan (kategori berisiko) diproses dan diselesaikan dalam tempoh 60 hari, manakala bagi lesen premis perniagaan (kategori tidak berisiko) dikeluarkan kelulusan sementara dalam tempoh 7 hari
  • Menjamin untuk memastikan 30 jenis permohonan yang diterima di kaunter osc diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan
  • Menjamin semua tuntutan pembayaran disempurnakan dalam tempoh 5 hari bekerja dengan syarat semua dokumen lengkap dikemukakan.