MENU

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, dan
Salam Perak Aman Jaya.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia dan inzinNya, tahun 2017 telah berjaya diharungi dengan penuh dedikasi dan jayanya. Di kesempatan ini saya mengambil ruang dan peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Batu Gajah atas komitmen, keazaman dan kerja keras berpasukan yang ditunjukkan dalam melaksana segala tugas yang telah diamanahkan sepanjang tahun 2017.

Pencapaian cemerlang tahun 2017 merupakan suatu manifestasi komitmen dan iltizam seluruh  warga Majlis Daerah Batu Gajah.Tahun 2017 merupakan tahun yang cukup bermakna bagi seluruh warga jabatan dengan pencapian Lima Bintang di dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB PBT) dan lain-lain pencapaian yang telah meningkatkan imej organisasi ke peringkat yang lebih tinggi.

Kedatangan tahun 2018 sudah tentunya akan memberi cabaran baharu kepada seluruh warga Majlis Daerah Batu Gajah. Saya menyeru seluruh warga Majlis Dearah Batu Gajah untuk terus mengamalkan budaya kerja yang berprestasi tinggi dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan mengamal serta membudayakan amalan kerja yang cemerlang dan berintegriti tinggi agar agenda utama jabatan pada tahun 2018 dapat dilaksana dengan jayanya selaras dengan aspirasi Transformasi Negara 2050 (TN50).

Oleh itu, pelaksanaan agenda Majlis Daerah Batu Gajah bagi tahun 2018 perlu dirancang dengan strategi yang lebih kreatif dan inovatif bagi mencapai misi dan visi jabatan. Ini sangat penting agar segala tindakan yang dilalukan akan lebih sistematik, teratur dan membentuk halatuju yang jelas dan seterusnya memberi faedah kepada masyarakat. Pelaksanaan agenda 2017 yang berjaya perlu diteruskan serta ditambah baik manakala kelemahan yang dikenalpasti perlu diperbaiki dan kegagalan dijadikan teladan sebagai panduan pada masa hadapan.

Akhir kata dengan semangat tahun baru marilah seluruh warga Majlis Daerah Batu Gajah mempertingkatkan keazaman untuk membawa Majlis Daerah Batu Gajah ke mercu kejayaan yang lebih tinggi. Dengan usaha yang lebih gigih dan disiplin yang tinggi serta berpegang kepada nilai-nilai hidup yang murni, kita akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2018. Bersama-samalah kita berusaha memperkasakan Majlis Daerah Batu Gajah agar sentiasa dihormati dan terus menabur bakti demi kesejahteraan rakyat dan kecemerlangan negeri seluruhnya.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2018

Sekian, terima kasih.

 

MOHAMAD RAZIF BIN RAMLI
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH