MENU

Tujuan

Polisi ini diwujudkan bagi menetapkan peraturan dan prosedur akses ke Bilik Server, Bahagian Teknologi Maklumat

Skop

Bilik Server, Bahagian Teknologi Maklumat merupakan kawasan akses yang terhad. Kebenaran hanya diberikan kepada kakitangan IT, Bahagian Teknologi Maklumat sahaja yang memerlukan akses berterusan atau kerap menggunakan bilik server. Kakitangan atau pembekal dikehendaki mengisi Borang Permohonan Akses Bilik Server BTM bagi mendapatkan akses ke bilik server dan permohonan tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Pentadbir Bilik Server.

Peraturan Bilik Server

  • Dilarang mematikan server atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang tanpa kebenaran supaya operasi tidak terganggu.
  • Dilarang membuka atau mengalihkan perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelarasan ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian.
  • Dilarang memasuki bilik server tanpa kebenaran
  • Setiap individu atau pihak pembekal yang ingin menggunakan bilik server hendaklah mencatakan maklumat diri didalam buku log penggunaan bilik server. Dilarang mematikan penghawa dingin di bilik server supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku. 
  • Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam bilik server tanpa kebenaran.
  • Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian kepada pegawai ICT dengan segera.

PENGUATKUASAAN

Individu yang memerlukan akses ke bilik server haruslah mematuhi polisi yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan bilik server.