Majlis Daerah Batu Gajah menjemput syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai Panel Pelupusan Aset (Kaedah Jualan Sisa dan Ewaste) bagi urusan pelupusan harta modal/aset bernilai rendah. Sekiranya anda merupakan syarikat berdaftar dan berminat untuk menawarkan perkhidmatan pelupusan, anda dialu-alukan untuk menghantar permohonan. Tarikh tutup permohonan pada 26 Jun 2025. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Nur Shaffiqah Halimi di talian 05-3632020.
Syarat Umum:
• Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
• Mempunyai rekod prestasi yang baik dan tidak disenarai hitam
• Menyediakan dokumen sokongan seperti profail syarikat dan senarai pengalaman terdahulu
• Mempunyai :-
i) Dokumen berkaitan Akta Syarikat 2016
ii) Dokumen berkaitan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
iii) Bagi syarikat eWaste , perlu dilesenkan di bawah Jabatan Alam Sekitar
Cara Permohonan,sila kemukakan dokumen lengkap ke alamat berikut :
Jabatan Perbendaharaan,
Majlis Daerah Batu Gajah,
Jalan Haji Abdul Wahab,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan
Jadilah rakan strategik kami dalam memastikan pengurusan aset yang cekap dan bertanggungjawab